可蘭經沒說女同性戀須鞭刑

tiara     2018-09-14     檢舉

登嘉樓的伊斯蘭法庭判決兩名女同性戀(阿拉伯文musahaqah)有罪。因此,罰款3300令吉,鞭打6下。此前,沙巴伊斯蘭法庭首席法官拿督再斯裡納西(JasriNasip Matjakir)也指,沙巴之前也在伊斯蘭法庭內,對兩名犯人公開執行鞭刑。

當登嘉樓伊斯蘭法庭開始公開執行鞭刑之際,印尼亞齊今年5月卻決定取消自2015年執行的公開鞭刑。在接受記者採訪時,亞齊市長表示,廢除公開鞭刑的目的,是為了避免更大的錯誤,即傳播對受罰者的羞辱。因為伊斯蘭是一個關心人類尊嚴的宗教。在這情況下,肯定會有疑問:亞齊和登州,誰才是遵照了伊斯蘭教義?

首先須知道,伊斯蘭教法(syariah)是由上蒼通過《可蘭經》和《聖訓》制訂的,穆斯林認為這是不會有錯的。因此,任何穆斯林否決伊斯蘭教法,將被視為脫離伊斯蘭(叛教)。

學者自我擬定懲罰

除了「伊斯蘭教法」之外,還有另一個術語:即伊斯蘭法學(fiqh,fekah),也就是伊斯蘭學者對《可蘭經》和《聖訓》的文本理解。他們的詮釋可能是對的,也可能是錯誤的。由於可能會出錯,因此拒絕他們對伊斯蘭教法的詮釋,並沒有錯。

伊斯蘭學者認為,女同性戀行為是有罪的。但在《可蘭經》或《聖訓》中沒有任何一節說明,其應受懲罰。然而,伊斯蘭學者認為,這種行為需要受到懲罰。他們的理由是避免敗壞穆斯林社會的道德和文化。

對女同性戀的刑罰,絕對是伊斯蘭學者對比《可蘭經》裡的懲罰方式後,自己擬訂出來的條例。方法是類比,如在《可蘭經》中提到通姦(婚外性行為)懲罰是鞭打100下,並在數名穆斯林見證下執行,因此,一些伊斯蘭學者也將這懲罰改用在女同性戀罪行上。

可是,在《可蘭經》或《聖訓》中沒有任何一節說明女同性戀者應該被鞭打。在《可蘭經》或《聖訓》裡鞭刑只用於犯下通姦、偽造證據指他人通姦(qazaf)和喝酒的罪行。因此,登州伊斯蘭法庭的鞭刑不是源自《可蘭經》,而是伊斯蘭的學者立場(這是伊黨2001年執政登州時,通過的伊斯蘭刑法)。

以「伊斯蘭」來包裝

當這決策源自(由伊黨執政時選出的)伊斯蘭學者時,就意味著拒絕它,並沒有錯。更何況,他們也不能宣稱這是伊斯蘭教法。

此外,《可蘭經》中沒有說明懲罰應公開執行。只有在通姦罪上,鞭笞100下,必須有來自穆斯林的見證人。因此,一些伊斯蘭學者認為,通姦的鞭刑可在封閉的地方執行,只要有一名穆斯林見證;不過也有不同的說法,如有的認為應該要有兩人,一些則認為要有三人見證等。

在眾多伊斯蘭學者詮釋中,著名宗教師哈山巴士裡(al-Imam al-Hasan al-Basri)認為,「穆斯林見證」的意思,是在公開場合執行。因此,在公眾場合執行鞭刑,只是伊斯蘭學者的解釋,而不是《可蘭經》的經文。而且,這刑罰僅適用於通姦。

《可蘭經》或《聖訓》中沒有任何一節說明,女同性戀罪刑需在公共場合執行。基於此點,登嘉樓伊斯蘭法庭的鞭刑,顯然的只是一種源自伊斯蘭學者的裁決。

我國最大的一個問題,就是往往與穆斯林相關的事物,都會用「伊斯蘭」包裝起來。這不是先知所要的。例如,伊斯蘭銀行、伊斯蘭政黨、伊斯蘭法庭、符合伊斯蘭教法酒店等。

受罰者不應被羞辱

因此,這些機構採取的任何行動,往往被視為符合伊斯蘭和伊斯蘭教法,儘管有時他們的做法並無法從《可蘭經》裡找到依據。就如伊斯蘭法庭的裁決般,儘管只是伊斯蘭學者的看法,但卻被視為伊斯蘭教法。因此,不同意見出現時,就被指為不同於伊斯蘭教法,而任何對其行政弱點的批評,也被指為批評伊斯蘭教法。

從以上觀點,可以總結出:1.對女同性戀的鞭刑並非來自《可蘭經》和《聖訓》,而是來自部份伊斯蘭學者的觀點;2.公開懲罰是源自哈山巴士裡宗教師的詮釋,而且也只限於通姦;3.基於登州鞭刑是伊斯蘭學者觀點,因此對其批評,並沒有問題,更不能視批評者為叛教徒;4.在亞齊公開鞭刑不只備受批評,更因此而撤銷。最後,伊斯蘭強調受處罰犯錯者,不應被羞辱。先知就曾阻止穆斯林羞辱犯錯者,尤其後者已被處罰。

《可蘭經沒說女同性戀須鞭刑 》(Quran Tak Kata Lesbian Perlu Disebat )原文:

Mahkamah Syariah di Terengganu memutuskan bahawa dua orang perempuan yang melakukan amalan lesbian (arab : musahaqah) sebagai bersalah. Dengan itu, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3300, dan sebatan sebanyak 6 sebatan.

Sebelum ini sebagaimana kata Ketua Hakim Syarie Sabah, Datuk Jasri Nasip Matjakir, amalan sebatan dalam dewan mahkamah syariah yang disaksikan oleh orang ramai sudah berlaku di Sabah melibatkan dua orang pesalah.

Ketika mahkamah syariah di Terengganu memulakan hukuman sebat secara terbuka, pada bulan Mei baru-baru ini, Acheh yang sejak 2015 melaksanakan hukuman sedemikian telah mengambil keputusan untuk mansuhkan hukuman terbabit.

Dalam temuramah dengan wartawan, Wali Kota Acheh ketika itu menyatakan bahawa tujuan pemansuhan itu kerana mahu mengelak keburukan lebih besar, iaitu penyebaran aib pada pesalah yang dihukum. Ini kerana, Islam adalah agama yang amat mementingkan konsep penjagaan maruah manusia.

Dengan dua keadaan ini, sudah pasti melahirkan persoalan; Antara Acheh dan Terengganu, manakah yang mengikut Islam?

SYARIAH

Perkara utama yang perlu diketahui bahawa syariah adalah sesuatu ketetapan yang ditetapkan oleh Tuhan menerusi al-Quran dan hadis, yang muslim mempercayainya bahawa ia tidak akan salah sama sekali. Dengan demikian, mana-mana muslim menolaknya, dianggap sebagai terkeluar dari Islam (murtad).

Selain istilah syariah, terdapat satu lagi istilah; iaitu fiqh (ada tulisan : Fekah), iaitu kefahaman ilmuwan-ilmuwan muslim terhadap teks al-Quran dan hadis. Kefahaman mereka itu, kemungkinan benar dan kemungkinan salah. Memandangkan ada kemungkinan salah, makanya pemahaman itu tidak salah untuk ditolak.

KESALAHAN LESBIAN

Dalam kalangan ilmuwan muslim, amalan lesbian dianggap sebagai berdosa. Walaupun berdosa, tidak terdapat satu ayat al-Quran atau hadis pun yang menyatakan bahawa ia dikenakan sebarang hukuman.

Walaubagaimana pun, ilmuwan muslim berpendapat bahawa amalan tersebut tetap perlu dijatuhkan hukuman. Alasan mereka untuk mengelak dari kerosakan etika dan budaya sesuatu masyarakat muslim.

Bentuk hukuman itu pula sudah pasti datang dari rekacipta Ilmuwan muslim, dengan dibandingkan dengan hukuman bagi kesalahan yang termaktub dalam al-Quran. Caranya, dengan melihat unsur kesamaan. Seperti, dalam al-Quran ada menyebut tentang hukuman bagi kesalahan zina (Melayu : persetubuhan luar nikah); iaitu dengan disebat sebanyak seratus sebatan dan dilakukan dalam keadaan disaksikan beberapa orang Islam (Surah al-Nur 24 : 2), maka mereka mengambil hukuman itu diadaptasi bagi kesalahan lesbian.

SEBATAN

Tidak terdapat satu ayat al-Quran atau hadis yang menyatakan bahawa pesalah lesbian perlu disebat. Yang ada dalam al-Quran dan Hadis, hukuman sebat bagi kesalahan zina, qazaf (melayu : menuduh orang berzina tanpa bukti) dan minum arak.

Justeru, tindakan mahkamah syariah di Terengganu yang sebat enam sebatan itu bukan diambil dari al-Quran, tetapi datang dari pandangan ilmuwan Muslim (merujuk kepada enakmen jenayah syariah (takzir) Terengganu 2001 yang dicadangkan oleh PAS semasa memerintah Terengganu dahulu).

Apabila amalan itu adalah rekacipta ilmuwan-ilmuwan Muslim (yang dipilih oleh PAS), bermakna ia tidak salah untuk ditolak. Lebih-lebih lagi tidak boleh didakwa amalan mereka itu sebagai syariah.

DI KHALAYAK TERBUKA?

Dalam al-Quran, tidak dinyatakan langsung hukuman dilakukan di khalayak awam. Tetapi, yang wujud adalah dilakukan hukuman sebatan seratus sebatan bagi pesalah zina, dan dilaksanakan itu perlu disaksikan satu pihak dari kalangan orang Islam.

Maka dengan demikian, ada ilmuwan Islam menafsirkan bahawa hukuman itu boleh sahaja dilakukan di tempat tertutup dengan dihadiri seorang muslim; ada pula kata dihadiri dua orang; ada pula kata tiga orang dan begitulah seterusnya.

Dalam ramai-ramai ilmuwan muslim itu, ada seorang ilmuwan bernama al-Imam al-Hasan al-Basri yang hidup. Beliau menafsirkan maksud ayat itu bahawa ia dilakukan di tempat terbuka.

Justeru, yang jelas dalam al-Quran adalah perlaksanaan hukuman di khalayak awam adalah penafsiran Ilmuwan islam, bukan hukum al-Quran. Dan lagi, dilaksanakan itu bagi kesalahan zina sahaja.

Dengan makna, kesalahan lesbian, tidak terdapat satu ayat al-Quran atau hadis pun yang menyatakan bahawa ia dilakukan di khalayak awam. Dengan ini, jelas bahawa apa yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah terengganu itu adalah datang cadangan dari ilmuwan muslim sahaja yang diistilahkan sebagai Takzir.

ILMUWAN BUKAN WAHYU

Masalah besar berlaku di Malaysia, apabila sesuatu perkara yang berkaitan muslim dijenamakan sebagai ¨Islam〃 dan ¨syariah〃. Penjenamaan sebegini tidak pernah dilakukan oleh Nabi. Contohnya, penjenamaan Bank Islam, parti Islam, mahkamah syariah, hotel syariah dan sebagainya.

Kesannya, sebarang tindakan yang dilakukan oleh badan-badan ini, maka terus dianggap sebagai mengikut Islam dan syariah, walaupun kadangkala amalan mereka itu tidak ada sumber dari al-Quran dan hadis pun.

Demikian dengan penjenamaan mahkamah syariah. Walaupun tindakan dan keputusan mereka itu hanya pandangan ilmuwan-ilmuwan muslim sahaja, tetapi terus dipercayai sebagai syariah. Maka dengan demikian, apabila wujud pihak yang berbeza pendapat, maka dituduh sebagai berbeza dengan syariah; apabila wujud pihak yang mengkritik kelemahan pada pentadbiran mereka, maka dituduh mengkritik syariah.

KESIMPULAN

Dari perbahasan ini, dapat disimpulkan seperti berikut;

Pertama, pelaksanaan hukuman sebatan kepada pesalah lesbian bukan bersumberkan al-Quran dan al-Hadis, tetapi ia sekadar pandangan ilmuwan muslim yang diistilahkan sebagai Takzir.

Kedua, pelaksanaan hukuman di tempat terbuka adalah penafsiran ulama yang bernama al-Imam al-Hasan al-Basri. Itupun, hanya bagi kesalahan zina.

Ketiga, memandangkan hukuman itu sekadar pandangan ilmuwan muslim, sudah pasti tidak salah untuk dikritik pelaksanaan tersebut. Malahan, muslim yang mengkritik tidak boleh dituduh sebagai terkeluar islam (murtad).

Keempat, Acheh bukan sekadar berlaku kritikan, malahan berlaku pemansuhan terhadap hukuman tersebut.

Kelima, Islam menekankan bahawa seseorang pesalah yang dihukum, tidak boleh diaibkan peribadinya. Nabi saw pernah melarang umat islam dari mengaibkan orang yang melakukan kesalahan, terutama apabila ia telah dihukum.

萬吉

大同工作室(SAUDARA)學術主任